KATA-KATA ALUAN
Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih dan syabas atas usaha Penyelaras ICT sekolah ini En. Lai dan guru-guru atas kejayaan menyediakan Laman Web SJK (C ) CHUNG HWA KOTA BELUD SABAH.
Pendidik-pendidik dan pelajar-pelajar sekalian, dunia hari ini ialah dunia tanpa sempadan, kita perlu maju ke hadapan dengan meneroka ilmu dari mana-mana penjuru di seluruh dunia. Dengan adanya Laman Web yang disediakan maka kita dapat menyebarkan maklumat sekolah untuk mendapatkan maklum balas dari semua lapisan di dunia ini disamping kita juga dapat bertukar fikiran di antara satu sama lain , menjalin hubungan di antara sekolah-sekolah Kebangsaan dan sekolah Jenis Kebangsaan. Meningkatan kecemerlangan sesebuah sekolah dan menginterasikan kaum-kaum di Malaysia untuk perpaduan Negara.
Dengan itu, Peranan Laman web sekolah dapatlah memainkan sebahagian peranan dalam membantu negara kita menjayakan PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP) yang mengandungi enam teras iaitu:
- Membina Negara Bangsa
- Membangunkan Modal Insan
- Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
- merapatkan jurang pendidikan
- Mermartabatkan Proffesion Keguruan
- Melonjakan kecemerlangan institusi Pendidikan.
Para pendidik dan pelajar, kecemerlangan sesebuah sekolah adalah di bawah pegangan kamu sekalian, sentiasa berusahalah untuk meningkatan mutu perkhidmatan dan imej proffesionalism para pendidik. Para pelajar pula perlulah memanfaatkan segala kemudahan yang telah disediakan di samping berusaha bersungguh-sungguh agar tercapai segala cita-cita. Akhir kata diharapkan Laman Web sekolah ini sentiasa menuju ke hadapan mengikuti jejak globalisasi dengan membekalkan maklumat terkini. Sekian Terima Kasih.
Guru Besar
Chiam Boon Hee
2009